Saturday, 5 October 2013

Diri ini

Wanita hiasan dunia.. Seindah hiasan adalah wanita solehah.

Seringkali diri ini terbaca dan terdengar hadith tersebut.
Jauh, jauh sekali untuk sampai ke tahap itu. 
Entah bila dan bagaimana. Tapi sungguh, masih jauh lagi perjalanan.

Diri ini sering lupa dan alpa dengan segala nikmat yang Allah berikan.
Lalai dengan keseronokan duniawi.
Bingung dengan identiti diri sendiri.

Resah, takut, bimbang, kesal..
Berulangkali memohon keampunan
Namun berulangkali juga melakukan kesilapan yang sama
Bagaimana nanti kalau Allah tarik satu-persatu nikmatNya?

Diri ini perlukan bimbingan dan dorongan
Diri ini sangat lemah, tidak istiqamah
Diri ini perlukan doa
Apakah diri ini layak untuk ke Syurga?

No comments: