Tuesday, 25 February 2014

peluang

Mixed-feelings. Yup itu yang aku rasa bila Cikgu semalam tetiba pilih aku jadi partner "Ganda" dengan Dira, Terkejut, gembira, risau, speechless and the list goes on..

Excited jugak sebenarnya sebab Cikgu bagi peluang untuk try benda baru, kategori yang aku tak pernah terfikir pun. Dalam masa yang sama bagi peluang untuk join 2 game yang akan datang, UPSI Open (tak sempat kot. since ade 3 weeks je nak prepare) & MASUM (lg sebulan lebih). Walaupun sebab memang dah tak ada orang lain yang available sebenarnya.

Tapi aku lebih kepada risau. Ganda ni memang lah lain sangat dengan Tunggal & Regu. Perlukan ketangkasan, stamina, & muka garang. Rawr. Hah Dira dapat pulak partner yang slow macam aku ni, memang dia kene banyak bersabar. Dan aku risau, tak pasti macam mane nak balancekan between trainings and studies. Bimbang, tak dapat full support dari Mak Ayah. Sebab diorang dah suruh slow down dengan silat, sebab dah nak habis studies, Makayah nampak yang aku ni active sangat dengan training or outdoor activities yg ktrg slalu buat. Makayah tau aku tak boleh fokus dua benda at the same time. :/

Hmm.. terkilan jugak sebenarnya sebab tak berpeluang nak main Tunggal. 2 sem cedok ilmu Tunggal dari Cikgu, Arep dan geng2 lain mcm Ijah, Azam, Kak Sya yang pernah bimbing aku. Terima kasih semua, especially Arep, yang mungkin jemu mengajar aku tapi dia hadap je dengan penuh sabar. Haha. Haritu dah terlepas peluang nak masuk game Pendekar Seabad, tapi dapat set masa 3 minit tepat for the first and last time kire okay lah tu. Pass. Eheh.

So sekarang ni aku cuma perlu fokus pada Ganda. Benda baru, kene cuba dulu baru tahu. Cikgu pun semalam pesan, "Cuba lah dulu, tapi Tunggal jangan la lupa." Mana mungkin nak lupa macam tu je Cikgu..

& kalau peluang ni dapat clear things out and everything will be back as per normal, why not? Assalamu'alaikum. :)

No comments: