Sunday, 9 March 2014

buatku terfikir... #MH370

kehilangan pesawat MH 370
buatku terfikir..

dimana ia berada sekarang?
apakah anak-anak kapal dan penumpangnya selamat?
jika tidak.. apakah mereka masih sempat diselamatkan?

pelbagai spekulasi timbul ikutan daripada kehilangan tersebut
dan media tidak putus-putus melaporkan berita terkini

kehilangan yang sudah melebihi 24 jam..
kehilangan yang membawa tangisan
kehilangan yang membawa keinsafan

bagaimana..
jika aku berada di posisi mereka?
bagaimana..
jika salah satu dari mereka merupakan ahli keluarga?

kuasa Allah itu besar
mungkin ini salah satu dari caraNya
untuk sedarkan kita
qada' dan qadar di tanganNya
ajal maut boleh datang tanpa disangka
kita merancang, Dia menentukan

Ya Allah,
kau selamatkanlah mereka..
hanya Kau yang tahu perkara sebenar
apa yang telah terjadi
dan di mana lokasi mereka
permudahkanlah segala urusan untuk menjejaki mereka
kerna aku tidak mampu memberi sebarang pertolongan
hanya Doa yang dapatku kirimkan...

#prayforMH370

No comments: