Tuesday, 6 May 2014

just to clear out my messy mind...

A month since. Huhu. Assalamualaikum. :)

Penat. Sangat penat sebenarnya. Minggu ni and minggu depan are the last two weeks before revision and exam week starts. Tapi minggu-minggu terakhir ni lah yang memenatkan. Sebab? Submissions and presentations one after another. Lagi-lagi ICT subjects. Memang last-last minute ni lah baru nak busy. Salah diri sendiri jugak sebab bila ade waktu lapang, dibazirkan. Bila dah tak ade waktu lapang baru sibuk nak mencari. Tercungap-cungap sendiri. But I'm just taking a break from the unfinished works to write a post, hoping that it would help reduce keserabutan di dalam diri.

Dalam kesibukan ni jugak, tak dapat nk commitkan diri dengan training. Sedih jugak sebenarnya. Sebab ni last long sem, and masa long sem jelah kan nk nampak ramai orang datang training. Nanti masa short sem brape je yang ade? :( Maaf, kalau banyak hilangkan diri sejak akhir-akhir ni. Tapi banyak yang lebih utama perlu diselesaikan.. Weekdays ni biarlah serabut seserabut-rabutnya (err), sebab weekend ni nak enjoy sepuas-puasnya. ^^

Nak tambah lagi serabut? Exam starts next week. I have two decentralized exams during revision week. That left me with no rest before the official exam week. While others ade dalam 2 minggu lebih lagi sebelum exam, I only have 10 days. *nangis* Tapi Alhamdulillah ada hikmahnye. Sebab nasib baik ade gaps between all papers, and best part, exam habis 29th May! hahahak. :D

-------------

Anyway, a throwback to MASUM 2014.

Alhamdulillah, was placed 4th out of 7 participation untuk kategori Ganda Puteri. Tak sangka sebenarnya, since it was my first time. :) 1st, 2nd and 3rd place memang tak jadi target, sebab dah dengar dari partner yang diorang tu power sebab main untuk negeri. Tapi tak kisah la pun diorang main untuk negeri ke tak. Tak rase terbeban pun. Sebab I just want to give my best and have fun for that particular night. Sebelum partandingan start tu macam nerbes lah jugak kan sebab takut buat salah dalam gelanggang. Tu yang duk training kat luar berkali-kali sampai makeup comot. Huhaha. Tapi kelakarnya right before nak masuk gelanggang tu tak rase kanchong langsung. Try rase heartbeat pun rasa normal. And Alhamdulillah, dapat buat dari awal sampai habis without any major mistakes. Wahhhh rindu pulak tetibe. :')

And thank you soooo much kepada teammates sekalian for the support yang sangat semangat. Bile dalam gelanggang dengar support korang macam tu, lagi buatkan diri untuk buat the best untuk korang dan diri sendiri, biarpun bukan the best di mata juri. And untuk Cikgu Bijan especially, sebab dia yang bagi peluang ni. Even lepas keluar gelanggang, boleh nampak muka "relieved" cikgu, and bile dia cakap, "Good job, Nad.. good job", rasa lega. Alhamdulillah sekali lagi. :)

-------------

Nenek.

Haritu nenek masuk hospital lagi. Memang sejak tok meninggal 3 years ago, nenek memang lemah je. Senang mabuk. Bibik-bibik pun cakap nenek dah berubah kepada phase "kembali zaman kanak-kanak" sebab degil & nak orang dengar cakap die je. Boleh nampak yang nenek taknak co-operate sangat to do therapies. Tapi bibiks sume mampu cakap baik-baik and pujuk. Tapi kalau nenek pun taknak bagi kerjasama, susah juga. Mohon didoakan supaya nenek kembali kuat. InsyaAllah...

------------

Mungkin setakat ini je dulu.

Doakan saya boleh?
Rasa macam kebelakangan ni iman dan hati macam ntah apape..
tapi terselindung, sengaja disembunyikan.
Allah knows best...

No comments: