Wednesday, 11 June 2014

Kesihatan, kehidupan, dan masa depan.

Setelah agak lama tak post, Assalamualaikum. :)

Sekarang berada di baiti jannati di Pulau Temasek untuk cuti akhir semester. Alhamdulillah exam untuk sem ni da habis. Dah lama habis sebenarnya. Tapi sebab Allah uji kesihatan selama seminggu yang lalu, jadi memang duduk rehat dan terbaring je kat uia tu. 4 kali juga lah demam turun naik dalam tempoh seminggu tu. Bila rasa da baik pagi tu, petang tu suhu badan naik balik. 

Barang-barang yang dah keluarkan untuk dipack terbiar, tak larat nak pack, bilik pun jadi tak terurus. Bila demam panas sangat bila malam, nak makan pun tak lalu walaupun makanan da beli, lepas maghrib tidur terus. Jumaat lepas baru terasa ada kudrat untuk langkahkan kaki pegi klinik. Tu pun sebab da teruk sangat dah batuk. Malam-malam tidur tak nyenyak, entah berapa banyak kali terjaga sebab terbatuk-batuk and nafas tak teratur. Dah macam lelah pulak. Tapi balik dari klinik tu, nak rehat sekejap je, tiba-tiba dah panas balik da badan. Memang da pasrah dah. Nak ke walimah Dayat hari Sabtu pun mak ayah da warning jangan pergi. Tu sebab diorang tau batuk teruk je, diorang tak tahu dah demam balik sebenarnya. Haha.

Tapi Alhamdulillah lepas da berbungkus malam tu, dengan kool fever tak lepas dari dahi, tengah-tengah malam bila terbangun pun rasa macam demam dah kurang, Subuh tu bangun lepastu duk fikir panjang nak pergi ke tak majlis Dayat. Tapi temptation kuat sangat, so makan breakfast makanan malam semalam, sebab nak gain some energy, pastu telan ubat walaupun tekak rasa nak keluarkan balik, terus siap2 ikut. Hihi.

Dekat Kuantan, bedal vanilla ice cream McD, bedal Kula Cakes. Cari pasal Ubat namanya. :D Takpe, asal happy. By the way, majlis Dayat lancar Alhamdulillah. Walaupun tak sempat nak tengok akad nikah, tapi happy tengok salah seorang geng dah selamat dinikahkan. A simple, blessed and  love after marriage relationship. Sweet sangaaat. Jeles, itu perasan yang tak dapat disangkal. Dalam umur dah meningkat nak masuk 23, perkahwinan memang menjadi satu isu yang sering difikirkan. Tapi, banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri ni sebelum layak untuk melengkapi kehidupan orang lain. Allah pun tahu aku belum ready, and therefore, Dia tak temukan dulu aku dengan "si dia". Ke dah jumpa eh sebenarnya? Entah. I leave it to Him. The right person will eventually come, at the right time, for the right reason, biiznillah. *tapi mohon jangan datang lambat sangat ya. hehu*

-------------

Anyways, untuk dua tiga hari ni, aku banyak duduk fikirkan tentang masa depan. Tak sangka dah nak tamat tempoh pengajian. Lebih kurang dalam dua bulan lebih je lagi sebelum aku tinggalkan UIA tercinta. Jujur, aku dah jatuh sayang yang teramat kat UIA. Sedih nak tinggalkan kehidupan sebagai seorang mahasiswi di sana. Kawan-kawan ada yang dah habis sem ni, tapi sebab aku ada beberapa subjek lagi yang aku belum ambil untuk fulfil graduation audit. Semoga sahaja dua bulan yang berbaki dapat aku isikan dengan memori-memori yang indah.

Masa depan. Aku masih belum pasti lagi kemana arah tuju aku lepas grad nanti. Duduk di Singapore dan bekerja terus? Kalau sambung belajar? Di mana? Tanahair? Di Malaysia? Atau lagi jauh? Mak Ayah sepertinya tak berapa kisah kalau aku nak sambung belajar, mak ayah tak pernah sekat pilihan anak-anak diorang. Tapi aku sebagai anak yang last yang fikirkan diorang. Diorang masih kerja lagi dalam usia yang da semakin lanjut. Rasa macam dah masa untuk balas balik segala jasa diorang. Takkan sampai ke tua ayah nak kerja & tampung pengajian aku? Belajar kat UIA je dah berapa puluh ribu belanja untuk fees & daily expenses. Walaupun aku tau Ayah mampu, tapi, tak sedap sebenarnya kalau asyik bergantung kat orang lain.

Mungkin option yang boleh difikirkan buat masa ni, study part-time kat sini sambil kerja. Nanti akhir June ada career and education fair kat sini, boleh la jenguk2 nanti, mana tau ada good opportunities and boleh lagi broaden up future choices. Sekarang masih keliru.. Jadi, mohon doanya ya? :)

- Confused soul

No comments: