Monday, 30 June 2014

"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya."

Quote yang kita sering dengar, lagi-lagi bila seseorang ditimpa musibah/dugaan/ujian. Walaupun kata-kata ni juga yang seringkali kita guna bila nak sedapkan hati yang lara, but it is undeniably true. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan tempoh hari. Dia izinkan jugak di saat-saat akhir.. Saat-saat berada di ambang putus asa. Saat-saat rasa macam da takde harapan dah. Saat-saat pasrah. Hikmahnya, Allah sebenarnya nak didik diri ini untuk bersabar, untuk terus berusaha. Jangan hanya berserah pada takdir bila satu pintu tertutup. One door closes, you still have other options. If plan A fails, remember that alphabets have 25 more letters. Just keep trying, keep holding on, keep praying to Him.

3 hari tak lena tidur sebab cuba fikirkan jalan penyelesaian. Bila dapat satu solution & cuba propose; rejected. Untuk 3 hari berulang, even with other proposed solutions. Mane tak rase macam nak give up je? Dengan layanan yang diberikan dari sesetengah pihak. Allah benar-benar menguji kesabaran. Sampai that one late afternoon, barulah dapat final solution - yang masa tu pun masih tak pasti boleh lepas ke tak - but try jugak sebab that's the last resort. And Alhamdulillah, dipermudahkan. :') Thanks Dr  Basri & his secretary yang tolong adjustkan some things so that I will be able to complete my graduation audit this semester. Therefore, hikmah kedua; sometimes you have to encounter the wrong people in order to meet the right ones.

Sekarang ni dah lega. Lega sangat. All thanks and praises be to Him. It was indeed one of the test from Him that will make me stronger to face the future, inshaAllah. (thanks J). Kita merancang, Dia yang menentukan. Kita usaha, insyaaAllah diberikan jalan. Cuma diri ini bimbang, andai diri ini hanya mencari Dia saat ditimpa kesusahan. Tapi bila senang, lupa dan alpa. :( Dan sebab Dia permudahkan urusan ini juga, diri ni berazam untuk letakkan effort yang lebih untuk short sem ni pada pelajaran.

Tiga subjects untuk jangka masa dua bulan bukan mudah. Dan sebab tu juga, tak pasti dapat berikan commitment pada training atau tak. Masih tak dapat nak confirmkan akan bermain untuk next game atau tak. Bimbang andai terleka, nanti bakal kecundang.

Moga sahaja Allah berikan petunjuk dan jalan in this blessed month. Jom tingkatkan amalan, tingkatkan iman. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Doakan each other, and let's return to fitrah.

Ramadhan Kareem. :)

No comments: