Wednesday, 25 June 2014

senyum dalam pasrah

ujian datang melanda.
terasa berat yang teramat.
cuba mencari hikmah disebaliknya.
tapi belum jumpa.
tak mampu untuk redha.
selagi aku rasa masih ada harapan.
dan aku masih ingin berusaha.

aku senyum dalam pasrah.
untuk mencari saki baki kekuatan yang ada.
walau dah lama nangis sebenarnya.

tak pasti di mana silap sebelum ni.
aku akui ada salah dari pihak aku sendiri.
tapi susah nak faham
kenapa mereka tak boleh nak beri peluang
untuk satu kali ni.

penat
ke sana ke sini
jumpa pihak itu pihak ini
berkali-kali
dah habis daya
rasa macam dah putus asa

tapi aku ada kawan-kawan
yang tak henti doakan
berikan aku semangat
dan aku juga ada Dia
yang aku letakkan segunung harapan
sebab pucuk pangkalnya
Dia yang menentukan

aku akan usaha
selagi ada masa
tapi andainya benar-benar tak diizinkan
aku bakal redha.

1 comment:

arif aliasaa said...

One of the test from Him that will make you stronger to face the future inshaAllah. :)