Monday, 5 January 2015

Terkesan di hati

Terdetik untuk share sebuah kisah..
Kisah hijrah seorang teman.. Yang terkesan dalam hati.

Dia antara teman yang rapat dari zaman sekolah. Antara pelajar yang "terkenal" dengan perangai budak nakal atau lagi spesifik, agar liar. Tapi walaupun luarannya agak kurang disenangi guru2 khususnya, tapi dia yg aku kenali tidak seteruk yg mereka fikirkn. 

Lepas habis O-levels dulu, dua2 bawak haluan masing2 dan memang tak contact, walaupun "friends" di facebook. Makin lama dia makin berubah. Tapi diri ni tak tau macam mana nk approach walaupun sedih tengok keadaan dia. Rasa macam kehilangan seorang kawan. Hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia.

Sampai satu masa tu, perasan yang dia dah mula share post2 islamik kat facebook. And tak lama lepastu dia post gmbr dah berhijab balik. Rasa nak nangis. :') Memang sepanjang tempoh sebelum "penghijrahan" dia tu. ada musibah2 yang berlaku. First, dia accident motor. Second, Ayah dia kembali ke rahmatullah. 

Masa fasa dia baru2 nak berjinak balik berhijab, masa tu dia contact balik. Dia kata dia nak sambung blaja dlm bidang ukhrawi balik. Dia mintak tolong carikn institutions yg ajar ukhrawi. Alhamdulillah. And baru2 ni, kite jumpa balik. Small reunion, lepas dah 5-6 tahun tak jumpa.

Dia dah berubah. :') Cara pemakaian, cara percakapan, cara pemikiran. Luar dan dalam dia berubah, ke arah yang lebih baik. Sampai diri ni rasa macam dia sekarang ni jauh lebih baik dari diri ni yang da 16 tahun dapat didikan agama yg cukup, sementara dia masih lagi belajar dan tengah usaha untuk pertingkatkan diri dia.

Teringat dia ada cakap lepas tanya dia ape yg buat dia nk berhijab balik? Dia ada bagitau reasons dia. And salah satu reason dia.. Sejak dia accident and Ayah dia da meninggal, takde siape dlm family yang nak guide. Semua macam buat hal sendiri2. So dia berazam nak berubah. Lepastu dia kata.. "Kalau kite betul2 nak berubah, insyaAllah Allah tolong. And Alhamdulillah sekarang macam rasa tenang je."

Terdetik kat hati.. Kenapa orang yang pernah tersasar kemudian "berhijrah" jauh lagi baik berbanding orang yg "dianggap" tak jauh tersasar... macam diri ni?
Insaf. :(

Banyak je dengar cerita orang lain yg dah berubah. Tapi kisah kawanku yang sorang ni yg paling terkesan dalam hati. Mungkin sebab orang yang kita rapat, walaupun dah lama tak bersua muka. Terima kasih Allah sebab jalinkan persahabatan ni semula. Semoga Allah sentiasa pelihara iman, hati dan diri kami yang lemah dan hina... ameen...

2 comments:

arif aliasaa said...

kenapa rasa sebak baca with your background music.

InshaAllah, as long as diri ini dalam mode redha, good will come to you. :)

Kita dilahirkan dalam suasana yang cukup didikan agama, semua yang nak ada di depan mata, kita skip part "susah" tu, walhal part tu akan paling terlekat dalam diri.

Ive witnessed ramai yang berubah selepas musibah kematian, sangat berdoa untuk diri ini sedar sebelum maut menjemput seseorang yang kita sayang. Bila saat itu tiba, seolah-olah hati ni tak bernyawa dan berubah bentuk.

Tapi, tulah manusia. Dicipta pun dengan sifat pelupa. Mujur ada "hidup" sebagai medium Allah turunkan ujian.

Take care Ned.
Unta.

Nur Nadiah said...

Baru baca. :)
Thank you for this long piece of reminder. Moga Allah jaga kita yg sentiasa dlm kelalaian ni. Sama2 ingat-mengingatkan. :')