Monday, 2 March 2015

hmm.

Fikiran agak kacau sedikit kebelakangan ni. Nak kata pasal pelajaran, cuma add satu subject yang memeritkan kepala. Satu subject ni banyak beri aku masa lapang. Masa terluang yang aku belum gunakan dgn sebaiknya setakat ni. Dan waktu-waktu tu lah hal-hal sampingan yang datang mengganggu fikiran. Hmm.

Bukan tak mahu berkongsi, tapi mungkin sebab orang2 yang aku selesa untuk berkongsi hal-hal sedemikian dah takde kat yuwaiyeay ni. Kawan-kawan satu bilik, kawan-kawan satu course. Agak kesepian di situ. Circle of friends mengecil, tapi aku bersyukur masih punya kawan-kawan yang aku anggap family, walau dalam family itu sendiri pun sedikit demi sedikit yang aku rapat semakin pergi sebab mereka bakal graduate dari sini.

Tapi, masih terpendam. Masa sujud baru aku mengadu kat Dia. Entah kenapa sesak sangat benak fikiran ni. Mahu lari. Aku pilih untuk lari. Tapi seakan ada magnet yang tarik balik. Kenapa? Bingung. Dalam kebingungan tu yang aku terfikir dan termenung. Nak cari jawapan mungkin tak mudah, dan mungkin kalau tahu jawapan akan lebih perit dari yang dijangka. Hmm.

Tuhan, kuatkan iman, kuatkan tekad, dan kuatkan hati ini especially. Yang baik untuk diri ini, Kau permudahkan dan tunjukkan jalan, tapi jika hati ini cenderung kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah buat masa ni dan masa akan datang, jauhkan dan hapuskan, biar diri ini tidak terseksa sendirian.

Mohon kuat, wahai diri.

No comments: