Monday, 13 April 2015

priorities over preferences

Silat;

Sports activity yang dahulu diri ni sangat aktif. Sangat. Sampai kalau boleh setiap kali ada training tu tak nak miss. Rasa kekurangan bila terlepas walau satu kali training. Tak kisahla kalau assignment menggunung, atau ada midterm pada keesokan hari. Hari training tetap kena training, walaupun training suka-suka. Maksudnya, bukan ada game nak preparekan diri pun hehs.

Fitness. Sports. Friendship. Ukhuwwah. Family.
Antara perkara-perkara yang diri ini jumpa sepanjang penglibatan dalam pencak silat uiam. Banyak belajar benda yang baru dan dalam masa yang sama, diexpose pada suasana dan dunia yang berbeza.

Tapi itu dulu, sebelum gradute dari status undergrad.

Sekarang dah lain..

Priority perlu disetkan pada one level higher.
Tambahan subject yang memang one standard above dari standard yang diri ini ada, walaupun mungkin pada sesetengah orang, subject tu basic. Ah, itu bergantung pada individu. Mudah bagi yang dah ada background, tapi tak semudah itu untuk mereka yang susah nak faham *sambil tunjuk diri sendiri*.

Disebabkn itu (dan hmm beberapa perkara lain), penglibatan dengan training dan team terpaksa dikurangkan. Sebab sendiri tahu limitations yang ada dalam diri.

Fitness. Sports. Friendship. Ukhuwwah. & Family  yang sekarang dah tak sama dgn apa yang dulu dirasai. Yes, fitness dah hilang. Sports activity dah kurang, friendship, ukhuwwah dan family terasa sedikit renggang. Sungguh, sebenarnya diri ni rindu pada semua, lebih2 lagi kenangan yang lama. Sebabtu, ada je masa luang, atau kalau dah terlalu stress dengan academic, ke iiumsilatteam juga ku lari. Sebab masih sayang. Masih perlukan semangat kalian. Cumanya, tak dapat training hard untuk preparekan diri ke pertandingan.

Sebab, kalau lebihkan pilihan hati. Yang sepatutnya dijadikan keutamaan yang bakal kecundang. Rugi yang akan berbalik pada diri.

Jadi..Mohon kalian faham situasi sekarang
Dulu dan kini dah berbeza

Semoga maju jaya di kejohanan yg bakal diperjuangkan
Kalian sentiasa ada dalam doa

No comments: