Sunday, 6 December 2015

I often forget that my mum is a cancer survivor. :(

بسم الله الرحمن الرحيم

Tergerak hati nak blog lepas terbaca satu news article titled "Calm Face of Courage".. About apa yg Permaisuri Johor share pasal Tunku Jalil yg menghidap liver cancer. Baru je semalam dapat berita kemangkatan TJ. Sebelum2 ni ade je stalk Instagram TJ tapi tak pernah tau yang dia sakit. Yesterday's news was quite shocking. :(

Pastu baru tadi came across this article..
http://www.nst.com.my/news/2015/09/calm-face-courage
Rasa sayu bila baca. Rasa nak nangis. Terkenang zaman bilamana diri ini juga pernah melalui situasi yang sama..

Sementara ramai lagi keluarga kat luar sana yang kehilangan orang yg tersayang disebabkan cancer,
aku masih lagi bertuah sebab hampir, tapi Allah takdirkan tak terjadi kehilangan tu..

Lupa, selalu lupa yang Mak dulu pernah menghidap cancer.
Lupa yang aku pernah tengok mak in her worst condition.
Lupa yang aku pernah tengok mak kat hospital, terbaring muka lesu.
Lupa, aku pernah tgk mak nangis sebab hari2 nurse akan inject atau amik darah kat spot yang sama.

Aku ingat, satu hari tu aku balik dari sekolah awal pastu ayah kumpulkan kitorang semua satu family.
Masa tu aku ingat lagi, ayah yg break the news. Mak da nangis.
Tapi masa tu aku baru 11 tahun. Aku tau cancer tu satu penyakit.
Tapi aku tak tau yg cancer can be terminal. Aku tak sedar yang cancer ni memudaratkan sampai boleh ambil nyawa manusia. Masa tu aku cuma terfikir, "mak sakit, mak will get treatment, she will be fine".

Bila kat skola ustazah2 dah tau, kadang2 diorang akan tanya "Mak awak ok?" Aku jawab okay je.
Ade satu hari tu mak kene go for operation.. Based on movie/drama kat tv, orang2 yang kene operate selalu macam sakit teruk2.. So aku pun call abang yg temankn mak kat hospital untuk operation, bile dengar suara mak mcm tenang je, aku pun rasa mcm ok insyaAllah selamat semua..

Masa tu darjah 5.. bila mak da kene warded and hari2 kat hospital, kadang2 sebelum pegi sekolah, kalau sempat aku akan siap awal dan jenguk mak kat hospital. Balik sekolah pun sama..  Dari primary 3 dah pegi skola naik bus sendiri, so memang da dilatih untuk jadi independent utk jaga diri sendiri sebab mak dgn ayah kerja, abg2 dgn kakak skola pagi.. so mmg kene siap2 pegi skola sendiri.

Masa mak sakit, mak lose weight, muka mak cengkung, rambut mak gugur sbb chemotherapy & radiotherapy, mak selalu tido.. tak ingat pulak siapa uruskan aku masa tu. nenek kot. huhu serious tak boleh recall. Masa tu memang pegang title anak bongsu yg manja, pendiam, and ignorant dgn keadaan sekeliling.. :/

Lepas mak da discharged dari hospital, pelan2 mak recover. Sejujurnya, mak saya seorang yang sangat kuat & penyabar. Sbb bukan cancer je yang mak fight, banyak ujian yang mak lalui. Tapi mak tabah, semangat dia kuat, mungkin dia fikirkan anak2 dia yang tengah membesar. Satu hari tu Dr. pernah bagitau mak yang dia one of cancer patients with good record of recovery. Dan sampai sekarang Alhamdulillah condition mak memang ok.. Dia akan pergi for once in a while check-ups and everything is under control, DENGAN IZIN DIA.. :'/

kadang2 bila tengah fikir pasal hidup, jadi emo bila tetiba terfikir, macam mana kalau dulu ditakdirkan lain yang terjadi? Macam mana kalau mak tak survive cancer? Soalan2 yang timbul di benak fikiran yang takde jawapan dia. Aku bersyukur masih punya seorang mak yang masih sihat dan banyak pengorbanan yang mak dah buat..

Tapi sampai bila? Berapa banyak lagi masa yang ada? Rencana Allah tu kita tak tau tapi bila Allah takdirkan sesuatu, ia pasti terjadi. Bersedia je.

Patutnya sekarang ni aku duduk je Singapore cari kerja, teman mak kat rumah.. Tapi aku pilih untuk habiskn belajar dulu, jadi balik nanti mudah2-an lagi senang nak dapat kerja yg lagi baik & pastu boleh support keluarga.

Sejujurnya, kebelakangan ni aku selalu rasa nak dekat dengan family.. Umur mak ayah makin meningkat, abg wan dgn kakak dah tak duduk Singapore. Dalam masa yg sama, terfikir tentang jodoh.. Kalau jodoh dtg tiba2, nanti mcm mana kalau dah tak duduk dengan mak? Sebabtu kadang letak tepi je dulu soal "siapa jodoh? bila nak dapat jodoh" Sebab aku masih ada tanggungjawab sebagai seorang anak.. aku belum sempat lagi nak menabur bakti dan balas segala jasa dan pengorbanan mak ayah sepanjang membesarkan aku.......

:'(

No comments: